Search...

Sunday 15 May 2011

[fakta] cerut terpanjang di dunia

Selepas berjaya mencipta rekod dunia dengan menggulung cerut sepanjang 45 meter pada 2008, Castelar, 67 tahun dari Cuba sekali lagi mencipta rekod dunia apabila beliau telah berjaya menggulung cerut sepanjang 81.8 meter. Dia dan pekerja-pekerjanya mula menghasilkan cerut itu pada penghujung April lalu.






Tuesday 26 April 2011

[teladan] mangkuk, madu & sehelai rambut

Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman mengunjungi rumah Ali bin Abi Talib.Isteri Ali, iaitu puteri Nabi bernama Fatimah menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut. 

Melihat rambut itu, Nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar memberikan perumpamaanya"Iman lebih cantik daripada mangkuk yg cntik, org yg berima lebih manis drpd madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah drpd meniti sehelai rambut."Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yg mendalam perihal iman.

Tidak lama kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya, "Kerajaan ini lebih cantik drpd mangkuk yg cntik ini, seorg raja yg adil itu lebih manis drpd madu ini dan memerintah dgn adil adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut" Berbeza drpd Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan. 

[fakta] 15 jenis makanan larangan di kantin sekolah

Kementerian Kesihatan menyenaraikan 15 jenis makanan dan minuman yang dilarang untuk dijual di kantin sekolah bagi menjamin kesihatan murid selain mengelakkan berlakunya masalah obesiti di kalangan mereka.



1. mee segera

2. gula-gula dan coklat